Sunday, June 8, 2008

Sahabat ..Kawan..Musuh..Rakan..

Ya allah...mudahnya syaitan memainkan perasan kami agar bergaduh..bermasam muka bertegang urat dan kemudian memutuskan silaturrahim...

Kali ini dia berjaya lagi..

Kak Seri sedih..setelah 10 tahun bersahabat...dan dia jiran pertama Kak Seri yang menghubungkan silaturrahim..

Baiknya rakan ini..jiran ini membantu kak seri dalam menghantar anak Kak Seri ke sekolah kerana..dia jiran terdekat...

pernah kami berjanji..jika kami sakit..ini lah saudara pertama yang di cari..kami rapat lebih dari adik beradik

sayang lebih dari seorang sahabat..

10 tahun..

musnah.. di sebabkan...entah apa puncanya..bertegang tegang urat memikir kan diri betul..beralah pun tak kalah..menang pun tak menjulang...

sekarang...

setakat angkat tangan dari jauh..setakat senyum di bibir tidak di hati..

setakat bersalaman bila bertemu di kenduri kendara

setakat duduk sebelah tanpa sepatah kata..

menang lagi syaitan kali ini...

namun...apakah Kak Seri nak membiarkan..persahabatan yang indah itu berkubur tanpa Kak Seri cuba sekali lagi untuk merujuk..sekali lagi memujuk..sekali lagi mengalah..sekali lagi membuang dan mencampakkan yang keruh...

kadang kadang dalam hening malam teringat akan kebaikan kebaikannya yang meruntun hati.

kadang kadang dalam hiruk pikuk bising kota..teringat budi budinya yang tak terbalas dengan nyawa..

nak di biarkan busuk tanpa di ubat..bodoh

nak di biarkan lebur berkarat...membazir

inshaallah...

akan kak seri cuba sekali lagi..untuk menang sekali lagi dari syaitan yang merajalela di hati hati kami..


Kak Seri

Tahniah kepada yang lulus cemerlang

di kejutkan oleh panggilan dari Siti Hajar juga sms nya..."Kak semak..keputusan dah keluar"...terbang semangat Kak Seri. Namun ceria sungguh suara Siti Hajar pagi itu memberitahu keputusannya kepada Kak Seri...Kalau lah Siti Hajar setabah itu sudah barangtentu Kak Seri juga boleh menghadapi apa juga keputusan yang datang...

Setelah membaca alfatihah dan surah talak.. baru lah Kak Seri menyemak keputusan..Alhamdulillah. Orang yang pertama Kak Seri berkongsi kegembiraan adalah suami. Kemudian ayah..kemudian Siti Hajar..

di sebabkan hari Sabtu 7 June ...Kak Seri sangat sibuk dan akan menerima... Dato Uztaz Hamzah Daud Che Ngah yang akan datang ke surau Raudoh Al Jabbar.untuk majlis ilmu di .surau di mana Kak Seri tinggal...maka tak dapat lah Kak Seri melapangkan banyak masa di telefon mau pun di komputer.

kak seri juga tidak mahu membawa telephone tangan ke surau...tidak mahu gangguan lain dalam membuat fardu kifayah.

Setelah pulang malam itu..ada beberapa sms yang bertanya keputusan Kak Seri..dan Kak Seri balas semuanya..dan mereka juga lulus semua matapelajaran yang di ambil..Alhamdulillah syukur..

Syukur kepada Allah yang maha esa yang masih memberi kenikmatan dan rahmatnya agar dapat Kak Seri berfikir, menghafal, menyalin semula, mengingati fakta semuanya Kak Seri akur...kehendaknya jua...

Syukur sekali lagi..Kak Seri di beri kerahmatan dan kenikmatan kesihatan yang baik..

Syukur sekali lagi..Kak Seri di beri rezeki yang melimpah..kasih sayang keluarga..kasih sayang sahabat sahabat kasih sayang dari teman teman sekuliah..kasih sayang para pensyarah...Allah Maha Pengasih dan Penyayang..tak ternilai rahmahnya kepada hambanya..

Syukur sekali lagi ...dan lagi...

Kak Seri

Thursday, June 5, 2008

Kenaikan harga

Apa yang patut kita buat

Patutkah kita sama melatah harga barang barang naik

Nak berjimat macam mana segala gala yang tertakluk di mukabumi ni akan dengan secara langung atau atau tidak akan naik juga

Kita bukan setakat nak naik darah..naik hangin..naik..gila..

Kita bina satu situasi yang menakutkan

Kita bina rasa amarah...

Apakah cara ini kata dapat menyelesaikan masalah..

Sana kutuk sini naik angik..sini hentam sinun keji..

Baik aku duduk diam..harga barang dah naik ..apa aku nak buat ..belajar lah jimat lagi..

Monday, June 2, 2008

my bestfriend

i miss my friend so much..and do not know will she ever ever surface again in my life..but my memories with her is the best that a friend could have..

i wish her all the best..

best friends will last forever..

Sunday, June 1, 2008

kenduri kahwin

Alhamdulillah..bagus betul..cuti cuti sekolah ni banyak dapat undangan..hari ini tiga buah rumah..alhamdulillah..di sebabkan dah tahu tiga buah rumah..makan sikit sikit takut tak boleh nak masuk semua kat semua rumah..undangan

Rumah pertama..rumah Pak Imam...air soya dia sedap sungguh..manis..dan lemak..goreng berempah pun masih panas dan rangup..alhamdulillah..masakan orang orang langat..macam tu lah menunya..

Rumah kedua..di sungai tekali..rumah sepupu..anak buah paklang..masakan lagi best..nasi putih..masak asam keladi..tak..campur dengan lauk lain..jarang berpeluang makan kenduri berlaukkan batang keladi..masam masam...memang Kak Seri suka...

Rumah ketiga cucu paklang kahwin..kat pangsoon..yang penghuni..dengan orang kerinci..paklang sendiri orang kerinci..harap harap dapat lah masak lemak cili api umbut pisang...tak ada lah pulak..namun ada juga umbut pisang masak kari...sebat juga lah..pulak ada ikan masin..ngancam sungguh....

...apa lagi..macam macam cerita mengenai pak lang ni..

Pak lang ni dulu..kalau memburu..sorang sorang pun lepas..dah pernah lah makan napoh..kijang..dan kambing gurun...bukan tu je..paklang pandai buah bakul durian dengan rotan..dan sorang sorang juga pak lang ambik rotan ni...ulu parang pun pandai pak lang ukir..serba serbi pak lang ni..Kak Seri jer yang tak tau nak impit minta dari dalam dada pak lang tu...hari hari tua pak lang duduk dalam dusunnya..bermain ikan..

kesian pak lang..ujung ujung umurnya..dia suka menyendiri dalam hutan..alahai terkonang ...lah kat Pak Lang...alfatihah