di kejutkan oleh panggilan dari Siti Hajar juga sms nya..."Kak semak..keputusan dah keluar"...terbang semangat Kak Seri. Namun ceria sungguh suara Siti Hajar pagi itu memberitahu keputusannya kepada Kak Seri...Kalau lah Siti Hajar setabah itu sudah barangtentu Kak Seri juga boleh menghadapi apa juga keputusan yang datang...
Setelah membaca alfatihah dan surah talak.. baru lah Kak Seri menyemak keputusan..Alhamdulillah. Orang yang pertama Kak Seri berkongsi kegembiraan adalah suami. Kemudian ayah..kemudian Siti Hajar..
di sebabkan hari Sabtu 7 June ...Kak Seri sangat sibuk dan akan menerima... Dato Uztaz Hamzah Daud Che Ngah yang akan datang ke surau Raudoh Al Jabbar.untuk majlis ilmu di .surau di mana Kak Seri tinggal...maka tak dapat lah Kak Seri melapangkan banyak masa di telefon mau pun di komputer.
kak seri juga tidak mahu membawa telephone tangan ke surau...tidak mahu gangguan lain dalam membuat fardu kifayah.
Setelah pulang malam itu..ada beberapa sms yang bertanya keputusan Kak Seri..dan Kak Seri balas semuanya..dan mereka juga lulus semua matapelajaran yang di ambil..Alhamdulillah syukur..
Syukur kepada Allah yang maha esa yang masih memberi kenikmatan dan rahmatnya agar dapat Kak Seri berfikir, menghafal, menyalin semula, mengingati fakta semuanya Kak Seri akur...kehendaknya jua...
Syukur sekali lagi..Kak Seri di beri kerahmatan dan kenikmatan kesihatan yang baik..
Syukur sekali lagi..Kak Seri di beri rezeki yang melimpah..kasih sayang keluarga..kasih sayang sahabat sahabat kasih sayang dari teman teman sekuliah..kasih sayang para pensyarah...Allah Maha Pengasih dan Penyayang..tak ternilai rahmahnya kepada hambanya..
Syukur sekali lagi ...dan lagi...
Kak Seri
No comments:
Post a Comment