Ya allah...mudahnya syaitan memainkan perasan kami agar bergaduh..bermasam muka bertegang urat dan kemudian memutuskan silaturrahim...
Kali ini dia berjaya lagi..
Kak Seri sedih..setelah 10 tahun bersahabat...dan dia jiran pertama Kak Seri yang menghubungkan silaturrahim..
Baiknya rakan ini..jiran ini membantu kak seri dalam menghantar anak Kak Seri ke sekolah kerana..dia jiran terdekat...
pernah kami berjanji..jika kami sakit..ini lah saudara pertama yang di cari..kami rapat lebih dari adik beradik
sayang lebih dari seorang sahabat..
10 tahun..
musnah.. di sebabkan...entah apa puncanya..bertegang tegang urat memikir kan diri betul..beralah pun tak kalah..menang pun tak menjulang...
sekarang...
setakat angkat tangan dari jauh..setakat senyum di bibir tidak di hati..
setakat bersalaman bila bertemu di kenduri kendara
setakat duduk sebelah tanpa sepatah kata..
menang lagi syaitan kali ini...
namun...apakah Kak Seri nak membiarkan..persahabatan yang indah itu berkubur tanpa Kak Seri cuba sekali lagi untuk merujuk..sekali lagi memujuk..sekali lagi mengalah..sekali lagi membuang dan mencampakkan yang keruh...
kadang kadang dalam hening malam teringat akan kebaikan kebaikannya yang meruntun hati.
kadang kadang dalam hiruk pikuk bising kota..teringat budi budinya yang tak terbalas dengan nyawa..
nak di biarkan busuk tanpa di ubat..bodoh
nak di biarkan lebur berkarat...membazir
inshaallah...
akan kak seri cuba sekali lagi..untuk menang sekali lagi dari syaitan yang merajalela di hati hati kami..
Kak Seri
No comments:
Post a Comment