manalah akan aku tahu yang tuhan telah memilih adik adik aku untuk dicubakan kesakitan ke atas mereka
aku yang sibuk dengan cancer aku dan sangat dijaga rapi oleh perubatan tidak sangka kedua dua adik aku jauh lebih tenat dari aku
memandang mereka berdua rasa sangat hiba kerana terasa amat benar bahawa rahasia rahasia tuhan, hanya Allah lebih mengetahui perjalanan hidup insan
meletakkan kita hanyalah hamba yang sangat lemah dan sangat sangatlah berharap akan keampunan dan perlindungan dari Allah Taala Jua
bila terserempak dengan orang orang yang sombong lagi sangat menyakitkan hati, terdetik dalam hati, apalah yang mereka akan dapat dengan menyombongkan diri, sedangkan nafas ini tiap detik berketik atas izinNya
No comments:
Post a Comment