Tuesday, February 7, 2012

menziarah

anak rasa aku tidak bertindak benar apa yang aku putuskan

kenapa agaknya aku tidak mahu menziarah kawan suami ku yang meninggal dunia dan jarak nya tak sampai 200 meter dari rumah

kenapa agaknya anak aku tidak faham bahawa aku tidak di wajibkan untuk menziarah arwah

orangnya lelaki ...menjelaskan

ayah sudah pun menziarah..ku jelas lagi

dan aku tidak suka berkumpul kumpul di sana kerana di sana ada banyak ruang fitnah

setiap wanita yang datang menziarah di telek dengan mata lelaki yang kurang ajar

setiap wanita yang ingin menghadiahkan yasin..tetap kena jaga suara

setiap wanita yang ingin menatap wajah arwah adalah kena tahu tidak di benarkan

dan banyak lagi perkara perkara yang tidak di bolehkan di praktikkan oleh orang orang aku

dan bagi aku sangat wajar menjauhkan diri kerana jenazahnya lelaki...

dan bagaimana harus aku fahamkan anak aku yang aku tidak menziarah tetapi hadiah fatiha telah aku laksanakan dari rumah yang jaraknya 200 meter ni..

dan aku juga terselamat dari menghabiskan harta anak yatim piatu...

1 comment:

emma marini said...

ceritakan sikit sikit..lama lama dia paham la...