Sunday, May 9, 2010

sebagai ibu

mungkin kita tidak nampak dengan jelas apa yang kita perbuat kepada anak anak kita. kita memang susah nampak dengan jelas apa peribadi mereka. jika kita faham anak anak kita ada peribadi mereka sendiri jika kita imbas imbas kembali mereka.

along, sayang sangat adik adiknya, adik adiknya sudah tentu lah tidak tahu. along sendiri tidak tahu yang dia mengasihi adik adiknya. sebagai ibu kita tahu bila along sanggup belasah kawan kawan si bongsu yang tak sampai 5 tahun umur mereka sebab panggil adiknya bodoh...memang aida sibongsu lembab..masyarakat tidak faham apa yang di lalui oleh aida kerana fizikal aida lengkap...ketika dia kesekolah adiknya bila dia terdengar cemuhan kawan kawan aida dia sekali hendak membelasah budak budak yang belum baligh tu..tu lah kasih kaklong..dan adik adiknya tak tahu...

angah , sebagai lelaki memang tak faham apa tu kasih sayang, tapi bila aida kena buli..dia si kurus tu konon nak tolong..

selalu saya pesan pesan...along dan angah jangan masuk campur pergaduhan aida kerana kawan kawan aida tu belum baligh dan cukup fikir lagi..tapi kasih abang dan kakak sentiasa ingin membela aida...

sebagai ibu..saya faham angah tidak akan berebut rebut untuk mengambil makanan di majlis majlis kerana sifat semulajadi nya tidak suka berebut..termasuk lah di dalam sukan..bila di adakan perebutan gula gula di hari sukannya..beliau tunggu sehingga habis orang yang berebut ambil gula gula...nasib baik lah ada tinggal sebiji dua lagi buat dia...bagi dia..kalau dah tak ada..tak ada lah..nak berebut..maaf la...sebagai ibu..risau juga anak lelaki yang tidak bersifat kompetitif...risau sungguh

aida..si bongsu...ini lagi merisaukan..kalau ada sebeg gula gula..satu lorong budak budak di sini merasa gula gulanya..

kalau kita si ibu bercakap anak kita dermawan..tentu orang sindir..tetapi ini jiran jiran yang marah dengan sifat aida yang dermawan kerana mereka tau..budak budak tu tak memperdulikan aida jika aida tidak mempunyai apa apa ....

sifat sifat ini banyak yang tidak di ajar tapi timbul dari diri mereka sendiri dari kecil...munkin along dari nenek nyer yang pengasih...angah dari atok nyer yang sangat berdisiplin dan aida dari tok wannya yang di gelar atok kaya..kerana setiap hari jumaat..di sedekahnya duit kepada budak budak...

yang baik kita simpan dan yang buruk kita bincangkan dengan anak anak...

yang sangat aku gembira..si along belajar macam gila...macam aku juga...

No comments: