Alfatiha Ibu
Rindu tak perlu lah ku nyatakan di sini. Orang yang kehilangan ibu akan mengerti. Di sini ingin ku kongsikan apa yang telah ibu lakukan yang menjadikan aku orang yang payah di mengertikan oleh ramai.
Kerana mu jua ibu
Aku yang cukup marah bila orang berterima kasih kerana pertolongan yang aku sendiri tidak mengharapkan pembalasan kerana sering lihat ibu juga adalah wanita yang paling ikhlas di muka bumi ini
Aku yang cepat melenting bila orang membicarkan yang jelik diri orang lain adalah kerana ibu yang tidak pernah mahu menceritakkan kejelikan orang yang sentiasa menindas ibu
Aku yang tidak faham penat kerana ibu yang tidak pernah penat membelah dugaan dugaan yang keras dalam hidup ibu dan ibu tidak berubah sedikit pun malah lebih pemaaf
Aku yang sentiasa di puji kerajinan bekerja kerana ibu sentiasa mencari kerja walaupun ibu boleh berehat
Aku yang sedaya upaya taat pada suami kerana ibu sentiasa akur walaupun aku juga tahu kerenah ayah
Segala gerak geri ibu menjadikan aku yang hari ini
Semoga aku jadi contoh terbaik untuk anak anak aku seperti dirimu menjadikan aku ...aku
No comments:
Post a Comment