lama rasanya tidak menambah posting di dalam blog ini, itulah kadang kadang disiplin untuk menetapkan posting itu di mestikan kepada setiap pembuka blog yang kini telah pun ada peminat setia...
kali ini ceritanya tak jauh dari yang lain lain hanya ada sedikit pencerahan yang lebih mematangkan diri
beberapa minggu yang lepas fitnah datang menyinggah diri lagi...sahabat yang datang bercerita akan fitnah fitnah yang di dengar mengenai diri ini di ceritakan pada diriku..
mula mula merah muka ku menahan marah..tak habis habis dengan fitnah..namun aku cepat cepat beristighfar..biarlah kata ku..
bukan satu..dah berkali aku kena hentak dengan fitnah..walaupun kali ini lebih perit namun aku kata pada sahabat ku biarkan
dan bukan sekali aku biarkan dan ianya pun hilang bersama di telan masa..dan akan timbul pula yang baru
kini aku faham...takkan akan rosak binasa seseorang itu dengan fitnah kalau tak dapat di buktikan oleh mereka...
dan makin ramai pula aku dapat menawan hati sahabat baru kerana mereka sedar bila aku bertemu seketika perjumpaan bertalaqi di sebuah rumah sahabat...dan aku berpeluang berdakwah dengan beberapa rakan baru yang hadir..
terlopong mereka mendengar bahawa aku sedikit pun tak suka kan kemungkaran, ghibah apalagi berburuk sangka sesama islam..dan mereka pun dengan sepakat hati ingin berubah..
alhamdulillah..menitis air mata aku..dulu..hanya empat orang sahaja memahami aku..dan hari ini di tambah lagi 9 orang..dah 13 orang yang mula ingin mendekat dekat
hari itu..di minta nyer aku bercerita tentang nafsu yang patut di hunjamkan..tersenyum aku
terpikat juga mereka dengan dakwah pendek aku tempoh hari..
dan aku sangat kagum kerana selepas dakwah pendek aku tempohari..mereka di serang pula dengan fitnah lain..
dan atas tunjuk aku..mereka berlapang dada dan membuang jauh rasa marah dan di ambil masuk rasa syukur...
alhamdulillah lagi..
No comments:
Post a Comment