semalam...aku berbincang dengan kakak...aku perlu ambik berehat kerana sekarang semester makin berat dengan assignment dan exam..aku perlu lebih masa...
aku kata lagi..aku sudah berbincang dengan ayah untuk menghantarnya untuk duduk di rumah kakak dalam sebulan dua..aku perlu masa...
tanpa pengetahuan aku..ayah sudah pun meluahkan perasaannya kepada kakak..
buat aku terpana dan terasa lemah dan tidak lagi boleh berbuat apa apa kecuali mengalah..
kata ayah yang bisa meruntun hati sesiapa pun yang di namakan anak "kalau adik kau rasa susah untuk masak untuk ku...biar aku makan biskut aja" katanya kepada kakakku..
kakakku cuba memberi penjelesan bukan lama sebulan dua aja..adik perlu fokus kepada studi..tak termenang tangan..dia juga lelah..
kata ayah ku lagi.."aku janji tidak akan menyusahkan dia..aku rela makan biskut"..
dan ini memberangkan hati kakak ku pula..
marah kakakku "mengapa..apa salah rumah ku ayah, serupa aja.."
rupanya ayah tidak mahu meninggalkan rumah aku..katanya ini perhentian dia yang terakhir..sehingga nyawa dia di cabut..dia tak mahu berpindah lagi...
malam tadi aku menangis...
aku rasa aku kejam..
aku rasa aku terlalu mementingkan diri
rupanya di hatinya sudah tawar untuk berpindah
aku tidak mahu menyalahkan abang atau kakak atau adik..dan mencari pasal..
aku akan jaga ayah ...kerana permintaan itu..melalui kakakku..dia sendiri terlalu malu untuk menyampaikan kepadaku..
kesian ayah....
No comments:
Post a Comment