Saturday, January 24, 2009

3 jam perjalanan dari Hulu Langat ke Jalan Tun Razak

...menunggu bukanlah perbuatan yang aku alu alukan di dalam kehidupan aku tetapi kali ini kerana aku terpaksa..aku di pujuk dan harus menunjuk arah kepada orang yang aku sayangi maka aku korbankan masa yang amat ku hargai dengan menemaninya menaiki bas yang jarang sekali aku lakukan semenjak kebelakangan ini....aku terlalu teruja dengan LRT atau Putra..kerana train ini tepat waktu dan bergerak dengan lancar tanpa gangguan lalu lintas atau lampu isyarat...

...bayangkan aku perlu menukar kepada 3 buah bas untuk tiba ke destinasi yang selalu aku singgah dengan menaiki motor yang mengambil masa kurang dari 20 minit dan tak pernah lebih dari setengah jam selalunya aku sudah pun terconggok di tempat aman ini..menikmati sarapan pagi sebelum memulakan kajian atau kertas kerja aku..tepat waktu jam 10.00 aku sudah duduk di meja inspirasi aku selama 7 jam setiap sabtu...

.... namun kerana aku terpaksa menunjuk arah...aku terpaksa korbankan 3 jam 15 minit...dengan ikuti pula keadaan yang menjengkelkan kerana aku terpaksa pula berpeluh peluh kerana memanjat jejantas di sebabkan kereta yang lalu lalang sama saja pecutannya di trek lumba...

..siapa hendak aku salahkan dalam pembuangan masa ini. adakah pergerakan bas yang terlalu lambat di .jalan yang terlalu banyak kereta..atau sistem bas tercanggih era desawarsa ini.. setiap bas memerlukan lebih kurang 1 jam..tunggu dan jalan..(dari hulu langat ke perpustakan negara sahaja).. rasa aku untuk ke San Francisco mungkin lebih mudah...

..sudah lah aku tiba lambat ...dan jam sudah pun menunjukkan pukul 12.00..bayangkan aku keluar rumah dari 8.30 pagi..aku lansungkan makan tengahari aku dahulu sebab perut aku sudah terlalu pedih dan berpuluh kali aku sendawa rasa masam..(acid)...

..di tambah lagi..meja inspirasi aku sudah pun di duduki orang..di tambah lagi.."power point" sudah habis di guna orang...aku makin berpeluh kerana tak pernah lagi aku menghadapi masalah sebegini...aku pula perlu dan wajib menghantar kertas tugasan pada hari ini juga...

entah lah ...apa dugaan aku hari ini..namun tepat pukul 5.00 petang aku menghantar tugasan aku dengan 10 rujukan..aku puas namun...

...ye...aku bengkek...

No comments: