dulu..
kalau hari jumaat malam sabtu..kami nonton tv di rumah orang "gambar melayu" ianya di mainkan oleh rtm selepas berita pukul 8.00 malam..di kala tahun 70an perkara ini berlaku..
selepas itu ada break ada berita dunia dan di ikuti dengan peristiwa hari ini..dan baru lah tau kesudahan cerita "gambar melayu" tv kami dulu hitam putih..selalunya tak semua orang akan memiliki tv ini...
aku pun tak terkecuali menoton tv di rumah orang..ketika di Pansoon aku ingat lagi..tuan rumah ada menjual ais krim malaysia namanya..selalu lah kami beli sebelum "gambar melayu" itu bermula..
waktu break tu kami main kejar kejar..main teng teng di bawah api jalan yang terang terang tanah..
meriah jumaat..semacam sekampung seronoknya..aku salah seorang yang suka sangat berkejar kejar..berpeluh peluh aku..sebelum gambar melayu mula pun
dalam gembira cerita di atas..ada juga cerita sedih pasal nonton tv di rumah orang...aku masih ingat..dan aku pun masih lagi menyumpah bila aku ingat..
dulu kami adik beradik..merayau rayau mencari rumah orang untuk menonton tv..duit untuk menonton 10 sen bayarannya..untuk hari sabtu..ada tayangan ultraman..rancangan yang amat di minati oleh abangku...hari pulak ujan...kami adik beradik berhimpit menonton tv dari tingkap..yang terbuka..air ujan yang turun dari cucur zing..membasahkan kami..tapi dek seronok menonton ultraman..tak kisah lah basah..tiba tiba..kami di tengkin di suruh tepi.."tepi tepi..aku kata..dummm..tingkap di tutup"...dah aku masih ingat...sampai sekarang...bunyi dentuman tingkap kayu yang di tutup itu..masih lagi aku terdengar dengar..dan setiap kali aku masih lagi menyumpah orang yang menuntup tingkap itu depan kami adik beradik...
dan walaupun ..dah semua nak habis pupus mati..aku masih menyumpah orang tua yang dah berpuluh puluh tahun bersemadi dalam kubur...
aku kalau orang marah nak mengajar..sikit pun aku tak kisah..tapi ..bila di hina macam anjing kurap..tak ada bermak bapak...aku ingat..dan masih ingat..dan ingat lagi untuk menyumpah nyumpah..
walaupun dah berpuluh kali tahun aku memaafkan semua orang..tetapi bila teringat gambar melayu..teringat lah aku peristiwa yang amat amat menyayatkan hati aku...
aku tak tahu apakah kakak aku..abang aku masih ingat...aku yang memang terkenal pelupa dalam keluarga tidak pernah lupa..rupa orang tua yang menyergah kami...badan kami yang basah..dan dentuman tingkap itu...
No comments:
Post a Comment