Monday, February 15, 2010

kalut

kalau uztazah aku yang siang malam ajar, baca, telek alquran juga terpempan dengan ulusan ulasan di media elektronik tentang anwar.

aku pun diam.

di ulas di keletek aku dengan macam macam pertanyaan.

aku terus diam.

kenapa tanya dia.

saya tak tahu apa apa, saya tak mahu percaya apa apa, apa lagi persoal apa apa.

saya sudah tak percaya pada tiang pengadilan kita di sini.

saya tunggu saja pengadilan di sana.

saya mahu tenang.

saya patriotik.

saya tak mahu cantas kepala sesiapa kerana saya belum yakin perjuangan dia.

memang dia dulu idola saya.

memang dia dulu buat saya tunggu bila dia berbahas.

saya mahu tunggu dan lihat.

itu jer buat masa ini.

Tuesday, February 2, 2010

sayu

sayu hati aku bila sahabat aku tidak dapat menghubungi aku sebelum berlepas pulang ke luar negara,

aku lihat smsnya aku berselisih 20 minit lewatnya..aku yang mungkir janji kerana tidak melihat telefon bimbitku, janji ku aku akan sentiasa memeriksa telefon bimbit aku di ketika waktu istirehat..

aku telefon juga walaupun telah ku baca sms nya yang terakhir..aku akan "check in" sejam lagi..sedangkan aku sudah lewat 1 30 jam..

kakaknya yang menjawab...

dia sudah lama masuk..

aduh

aku pun tau..

kita payah keudara dan jarak masa tak pernah mengizinkan
apa lagi bertemu

kapan lagi kau akan pulang ke Malaysia..aku akan menuruti mu..

janji aku entah kesekian berapa...

namun sekarang aku sayu

biarkan aku

Monday, February 1, 2010

aku kalah kah

aku jatuh sakit, tidak berdaya melakukan banyak perkara yang aku suka, terutama belajar, setiap kali aku menelaah, sakit kepala aku bukan kepalang, dan aku mengalah dengan berehat, makin hari , makin aku kurang memegang buku buku aku, genap 10 hari aku tidak berdamping dengannya,

aku merenung nasib mereka yang berada di keadaan yang sama dengan aku, aku masih bernasib baik, keluarga yang penyanyang, kawan kawan yang pengasih masih setia menghulur bantuan

aku perlu lawan kelemahan yang makin menganjur aku beralah terus..

Tuesday, January 26, 2010

Pilih

Bila kita mula rasa terlalu amat bosan untuk pergi kerja dan rasa untuk duduk di rumah lebih aman dan tenang, baik duduk dan fikir kenapalah agaknya kita pergi kerja sebelum ini.

Suka atau tidak kita nampak yang kita tiada pilihan. Aturan hidup kah atau kita yang mengatur hidup. Sudah tentu kita nampak terang dan jelas bagaimana kita terarah ke jalan sekarang.

Dan untuk memudahkan segala rasa berat dan luluh hati kita, kita sebelum melangkah bacalah..Sahaja aku pergi kerja kerana Allah Taala. Bukankah kerana itu sebenarnya kita mencari sebuah kehidupan..

Semata mata kerana Allah Taala.

Bila kita kena herdik, kita lihat dalam herdik itu ada tersembunyi banyak hikmah.

Bila kerja kita tidak di iktiraf kita tahu yang mengiktiraf dan melihat kerja kita adalah allah taala.

Bila kita lihat orang lain naik pangkat tapi kita tidak tandanya rezeki bukan hak kita dan belum masanya.

Mungkin kita kena melangkah kebelakang kerana strateji kita tidak cemerlang , selalulah muhasabah diri dengan sejujurnya, maka akan nampak jalan dan hati akan lebih tenang.

Inshallah.

Sunday, January 10, 2010

entah..mungkin aku akan jadi begini

pertama kali melihat bunga api secara dekat..detumannya menguman lidah..menggegar jantung..

soklan kawanku di hari sambutan tahun baru..

di manakah kan kau lari bersama keluargamu jika terjadi perang..

lari..tanya ku..

ini tanah airku...mengikut sejarah atok aku..nenek aku..aku akan bersama mereka..mempertahankan negara ini...bersama sama aku dan anak anak ku..seperti remaja palestin..

tiada ketakutan yang patut hampir..tapi rasa mendidih untuk mati demi negara..


di tenung sahaja muka aku...

maaf..kata ku..aku tak mampu lari bersama sama mereka di dalam kapal selam yang hanya ada sebuah..

aku rakyat marhaen...mati di bunuh atau membunuh untuk hidup...