Tuesday, January 26, 2010

Pilih

Bila kita mula rasa terlalu amat bosan untuk pergi kerja dan rasa untuk duduk di rumah lebih aman dan tenang, baik duduk dan fikir kenapalah agaknya kita pergi kerja sebelum ini.

Suka atau tidak kita nampak yang kita tiada pilihan. Aturan hidup kah atau kita yang mengatur hidup. Sudah tentu kita nampak terang dan jelas bagaimana kita terarah ke jalan sekarang.

Dan untuk memudahkan segala rasa berat dan luluh hati kita, kita sebelum melangkah bacalah..Sahaja aku pergi kerja kerana Allah Taala. Bukankah kerana itu sebenarnya kita mencari sebuah kehidupan..

Semata mata kerana Allah Taala.

Bila kita kena herdik, kita lihat dalam herdik itu ada tersembunyi banyak hikmah.

Bila kerja kita tidak di iktiraf kita tahu yang mengiktiraf dan melihat kerja kita adalah allah taala.

Bila kita lihat orang lain naik pangkat tapi kita tidak tandanya rezeki bukan hak kita dan belum masanya.

Mungkin kita kena melangkah kebelakang kerana strateji kita tidak cemerlang , selalulah muhasabah diri dengan sejujurnya, maka akan nampak jalan dan hati akan lebih tenang.

Inshallah.

No comments: