kita tak akan tau betapa kita sebenarnya tidak kuat sehinggalah kita di timpa bencana, selalunya kita tidak akan dapat bersedia dalam bentuk atau jenis apa kah bencana ini akan datang.
bentuk rupa bencana ini juga payah dijangka kecuali kita di beri hidayah dari Allah.
kita akan tergaman bodoh atau bersikap luar batasan waras dan sudah tentu segala perinsip hidup kita jadi tunggang langgang.
aku tidak tahu, apa harus aku buat di dalam keadaan ini, aku juga termanggu kerana mengapa bencana kerap datang, tetapi aku yakin apabila segala bencana ini sudah di rencanakan oleh maha berkuasa dan penuh tersirat dengan hikmahnya.
sesungguhnya allah maha mengetahui segapa perencanaan.
dan aku perlu tabah dan banyak banyak bersabar.
No comments:
Post a Comment