berbuka puasa di rumah adik dan abang..bersolat maghrib..bersolat ishak dan bertarawikh di kedua dua rumah mereka..syahdu..
alhamdulillah..semasa ayah hidup..kami tak pernah dapat berbuka beramai ramai kerana aku sentiasa sibuk dan tidak dapat membawa ayah kerumah mereka..tambahan pula ayah tak berapa berkenan..
tahun lepas..kejap benar ayah pergi kerana ayah tak tahan sakit..aku faham..selepas berbuka dan bersolat maghrib kami pulang..aku teringat..adikku memandang saja..tak berani bersuara..serba salah pun banyak juga..
tahun ini bila aku berkeras ingin pulang..di curinya beg aku..di soroknya.."tinggal lama sikit lah kah..kita solat tarawikh bersama sama.."
kesian pun ada..maka aku beralah..walaupun..bukan susah untuk aku teruskan kekerasan hati aku..aku memang sebenarnya yang payah di fahami..
keras..selalu keras..sebijik hati aruah bonda aku..
aku tegur sedikit adik ku..suruh dia perhebatkan tajwid..yang lain lain okey kata ku..tersenyum adik aku kerana suaminya lulus mengimamkan aku..dan bukan senang pujian akan keluar dari mulutku..44tahun mungkin dia menunggu..
bukan aku hendak berkeras....
bukan aku..
namun umur yang makin menjulur hujung biarlah aku jadi insan yabg perlu tahu jenis apa yang perlu aku kekalkan menuju arah pulang
No comments:
Post a Comment