Friday, February 13, 2009

prinsip

kalau boss tak ada maka aku tahu sebahagian staff department aku akan kurang yang tepati waktu, tak kira waktu masuk atau masuk balik dari makan tengahari..

aku biarkan kerana mereka lebih mengerti apa yang mereka lakukan..dan sudah barangtentu mereka bukan anak anak kecil yang perlu di tegur untuk menepati waktu..

jawatan aku adalah untuk mentadbir jabatan aku dan aku cuba lakukan dengan terbaik yakni cara aku adalah melalui tauladan..

mungkin aku di besarkan oleh bapa untuk menjaga waktu, menjaga janji dan menjaga rahmat allah tentang tanggungjawap dan apa lagi apa yang aku di pertanggungjawabkan..

bukan tidak ada desas desus mengatakan aku kaki bodek..kaki report dan sebagainya..apa yang mereka perlu tahu tentang itu..aku tak perlu bodek sebenarnya..aku sendiri yang akan resah gelisah macam kucing mati anak jika tidak menepati waktu..

aku sendiri yang akan ada guilty consious yang hanya menyebabkan aku lemas jika tidak menepati waktu..terseksa rasanya..

aku teringat aku pernah meninggalkan kawan aku kerana lewat 3 minit dan..aku juga pernah tinggalkan kawan aku yang lewat 45 saat...

yang bagus dari sikap aku..semua kawan aku akan awal 3 ke 4 minit kerana tahu benar kesewelan aku tentang menepati waktu...dan aku tak pernah lewat bila berjanji..belum lagi..sehingga ke saat aku menaip blog ini sedangkan aku sendiri akan berada di tempat menunggu setengah jam sebelum waktu..bagi aku biar awal jangan lewat itu sikap yang telah pun menjadi prinsip aku..

jadi jika ada kawan kawan yang terbaca dan ada yang masih tertanya tanya mengapa aku tidak boleh menunggu adalah kerana..batas waktu terlalu berharga bagi aku..

No comments: