Sunday, November 16, 2008

Perasaan hari ini


Waktu senggang, bersama keluarga di ruang tamu, anak bongsu ku Aida sudah pun melepaskan diri mencari kawannya, suamiku entah apa yang merangsang dirinya hari ini, lepas satu gambar satu gambar di lukisnya, ayahku, seperti biasa membaca surat suratkhabar pada hari minggu yang ku langgan empat jenis banyaknya


aku tak rasa ingin membaca..tapi ingin meluahkan perasaan aku yang tiba tiba shahdu di hening pagi ini..(radio dan tv di tutup - tak tahu mengapa selalunya rumah ini tidak pernah sunyi)..aku bahagia dengan kesunyian ini..detingan jam begitu jelas kedengaran ...


gambar gambar di bawah menunjukkan di dalam perjalanan mencari ilmu,..terlekat seorang dua kawan yang kini terbabit dengan rasa dan perasaan...kalau susah sudah sama merasa..walaupun aku kurang ingin menjalankan persahabatan ini kerana sudah terlalu tua untuk memulai sekali lagi satu persahabatan baru yang mungkin memerlukan banyak pengorbanan perasaan ..paling kurang akan himpitan perasaan mengenangkan sahabat yang berkemungkinan dalam kesusahan...hingga menggangu lena ku...tapi aku redha..kerana begitu juga mereka terhadap ku..


kedegilan ku..ku biarkan merajai perasaan dan tunjuk kerja aku...kedegilan ini perlu didalam aku letih ingin mengundur diri..degil untuk meneruskan hasrat yang memerlukan pengorbanan bertahun tahun lagi..


aku perlu kedegilan ini supaya perasaan yang akan mewakili waras ku di ketika aku amat memerlukan kegilaan dalam meneruskan perjuangan..yang amat amat meletihkan..




No comments: