Doa pelembut hati ini boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati (melawan dan tidak menurut kata) termasuk diri sendiri, anak-anak atau sesiapa sahaja.
CARA-CARA :
• Untuk diri sendiri ; letak tangan kanan di atas dada iaitu di atas bahagian hati dan baca doa di bawah.
• Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis nafas dan lepaskanlah nafas.
Untuk orang lain ; ketika membaca doa letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang nak didoakan tersebut.
Atau dibacakan pada air untuk diberi minum kepada orang yang nak dilembutkan hati tersebut.
*Tambahan ; untuk lembutkan hati anak-anak, boleh air ini dibuat untuk memasak nasi atau dimasukkan dalam bahan masakan ibu..air itu di masukkan di dalam bilasan baju terakhir..boleh masuk dalam spray..spray muka dia masa nak kejut pepagi..kata jer air jampi untuk bagi nampak lawo..macammacam lah..kita ibu..semua kita boleh buat..anak anak..kalau cakap ibu inshallah..tak banyak songgeh..sayang kita pun lebih sebab dia tau ibu dia prihatin..dan sayang sangat kat dia..
1. Baca surah Al-Fatihah ( Bismillah …)
2. Baca ayat 21 hingga 24 Surah Al-Hashr :-( لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ ..... hingga)) …. (Launazlna )
هُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِي
3.Baca ayat 1 hingga 5 Surah Tohaa :-( طَه , مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ ......( hingga ) .....
4.Doa pelembut hati :" اَللّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قََََلْبَهُ كَمَا لَيَّنْتَ لِدَاوُدَ الْحَدِيْدَ
"Maksudnya; ( Ya Allah lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana kamu telah melembutkan besi bagi Nabi Daud Alaihissalam ) (doa nabi daud)
Boleh juga kita dan perbanyakkan doa dalam solat terutama semasa waktu sujud.
"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."
Sesungguhnya Allah Maha Pengabul Doa, Maha Mendengar lagi Mengasihani.
No comments:
Post a Comment