Friday, June 11, 2010

ayah

hari ini hari aku teringat ayah...sikit pun tak bersabit dengan hari ayah yang akan di sambut bulan ini..tapi sebab aku terima sekali keputusan semester aku..

kalau ada ayah..dia lah yang paling seronok..sebab seingat aku..sejak aku tadika lagi..segala pencapaian aku..ayah lah yang paling sibuk...

setiap kali aku cemerlang..aku kongsi dengan ayah..dan ayah cukup bangga dengan aku..
mahu tidaknya..aku bekerja sebagai kerani pun bangganya macam aku jadi engineer atau pun pilot..aku tau teringin sungguh dia..anaknyer menjadi pilot...

aku tahu ayah lah yang mencorakkan aku jadi sebegini berani...lantang bercakap dan..dan cukup suka membaca..

ayah sentiasa percayakan aku..sentiasa bakar keberanian..sentiasa bercerita tentang kecemerlangan kecemerlangan orang orang berjaya..

aku kerap di lintasinya dengan memberi aku peringatan dan peringatan walaupun sudah lama ayah pergi..

dia lah yang suruh aku bersabar bila nakhoda ku hilang kemudi..

dia lah yang tegas dalam membiarkan aku memilih apa jua yang aku suka..

dia suka aku membuat kesalahan dan beringat dari kesalahan..cara dia membesarkan aku ..dengan ketegasan yang aku sendiri tidak faham....

malam ini..aku sangat rindukan ayah..

Sunday, June 6, 2010

bila agaknya tuhan akan makbulkan doa ku yang ini

masih terngiang ngiang bila Dr Huzaimah bercerita tentang masalah bumiputera aka orang islam di sabah, kesian mereka, untuk mencari orang yang pandai ugama sangat payah di sana, ada lah seorang bangsa indonesia yang mengajar mereka sedikit asas ugama islam, cara sembahyang, halal dan haram sedikit sedikit, surau mereka juga daif, yang sedihnya tanah wakaf perkuburan orang islam juga tiada.

Dr bersama sahabat yang pergi ke sana mengumpul duit dari kawan kawan yang ada dan berusaha mendapatkan sekeping tanah untuk di jadikan tanah wakaf bagi perkuburan orang islam.

sedih sungguh...Dr seorang perempuan boleh kuat untuk membuat perkara sebegitu...Ya Allah panjangkan lah lagi usia Dr. Tunggulah bila aku siap belajar nanti aku ingin menyertai Dr.

Aku hairan apa terjadi pada kerajaan yang bising ya amat amat ingin memperjuangkan nasib bumiputera dan orang orang melayu.

gempak sungguh mereka di pekan..1 malaysia sana 1 malaysia sini tolong lah perhati yang sini sikit orang orang di pendalaman

sanggupkah aku korbankan keluarga aku untuk kelantangan suara aku ini..

sanggupkah kekasih aku memlepaskan aku pergi untuk bertabligh begitu jauh

apakah akan di kabulkan doa aku oleh tuhan untuk menyertai Dr ?

Wednesday, May 26, 2010

murung

bolehkah murung selama lamanya
kemurungan itu berlaku bila merasakan diri sudah tidak berdaya saing dan menjadi masalah pada diri sendiri
rasa rendah diri yang teruk dan kekecewaan yang berpanjangan menjadikannya lebih kritikal
bukan mudah hendak memulihkan diri bila di dalam tahap kemurungan yang teruk
jangan layan hati, ingatlah segalanya ada had, dah percaya akan janji Allah s.w.t.

Sunday, May 16, 2010

maka ianya perlu di gunakan

setelah perjumpaan prestasi dengan pegawai terbesar pangkat di dalam jabatan, maka aku jath murung yang teramat sangat, bukan jatuh di bawah 1 tapi jatuh lebih teruk dari itu, kemurungan aku menyusahkan semua, hilang selera makan, hilang kecerian, hilang keseronokan bekerja apalagi keseronokan untuk memikirkan apa yang harus aku lakukan untuk memperbaiki prestasi kerja aku.

aku masih murung, tapi aku mula carik carikkan apa yang telah di bincangkan, teruk benar rupanya prestasi aku, mata orang memandang nampaknya jelas yang aku tidak memberi yang terbaik sedangkan aku rasa masih baik.

entah mungkin perkara perkara yang tidak terlintas di hati di bentangkan begitu menyebabkan kita hilang pertimbangan apa yang tengah berlaku, rupa orang memandang dengan 2 mata bersalut 2 makna aku yang bekerja semata mata.

jika benar aku salah, tanpa niat aku ingin membuat salah, sebab aku tekun benar hidup tak mahu membuat sesuatu yang akan di persoalkan di kemudian hari.

sepatutnya aku terus berpegang erat kepada tujuan aku bekerja. Buat yang terbaik kerana allah dan demi allah.

Entahlah...sekarang aku harus membangunkan kekuatan diri aku semula.

Tuesday, May 11, 2010

bagaimana lah agaknya

hari ini bercerita dengan kawan, dia bermasalah kerana isteri tidak memahami gaya dia bekerja.

dah makin parah kata dia

apalah agaknya yang boleh jadi parah di kerjakan dengan perangai seorang perempuan

mungkin aku tidak di besarkan dengan perangai perempuan jelik maka aku sendiri tidak tahu berperangai jelik

cemburu, entahlah sebab aku percaya sangat pada kekasihku juga suamiku

ada pernah, dia cuba cuba berkawan dengan perempuan, dia konon konon sorok sorok perbualan, dia konon konon sorok sms untuk melihat hati ku tapi berhenti kerana aku tetap aku

aku pulak di marahi anak kerana tidak bersikap cemburu, entahlah mungkin ketika tu aku sedang menghadapi cabaran yang lebih besar jadi ku kesampingkan rasa jelek tersebut..dan ianya hilang kerana ianya membuang masa kata suamiku

tapi bila aku mendengar cerita kawanku, cemburu isterinya menghalang untuk dia bekerja dengan cemerlang , menyekat kebebasan membuat keputusan

kalau begitu cemburu isterinya harus di ubati

di ubati dengan mengajarnya mencintai Allah, memberi keyakinan terhadap dirinya bahawa suami bukan milik mutlak satu orang isteri kerena dia boleh memilih untuk beristeri isteri isteri

memilikkan suami menyusahkan diri sendiri juga keluarga, manakan bahagia kalau sentiasa mencemburui pasangannya

manakan gembira setiap kali suami bepergian hati penuh syak wasangka yang menekankan

malanglah sikap seorang isteri yang tidak dapat membahagiakan pasangan apalagi diri sendiri

bagaimana agaknya seorang suami dapat meneruskan kehidupan bekeluarga jikalau pasangan sudah menjadi duri di dalam daging

bagaimana lah agaknya hendak hidup bersama dengan seseorang yang tidak lagi bekepercayaan terhadap dirinya apalagi untuk mengasihinya tanpa sempadan

malang oh malang lah