Tuesday, June 23, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA - KONGSI

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

"Wallahualam"

Monday, June 22, 2009

Syukur Alhamdulillah

my father feedback was different compared to all the admissions that he had previously, this time he is very relief that he is being hospitalised

"the pain is subsidising and I got some sleeps" he commented

The liquid tiub has been taken off. He is hungry.

He asked for more food and sweet drinks and again, different sisters and brothers run to fulfill his command, and as usual he will be very timid with me. (Why God ?)

Yes, he is being better. Hungry and throwing tantrum, yes I am damn sure he got all the attention he wanted.

He joked about the present that i gave him, getting him hospitalised on fathers' day.

Yesterday visit was good.

I am not sure today.

Saturday, June 20, 2009

father


father is warded today...and ...i felt so relieved..

he was in pain and we had tried to send him to emergency ward but they sent him home again and again until today...

i had been giving him pain killer...i cant stand looking at him cringing in pain.. but what can i do...
i cant even carry more than two files without having an abdominal pain...

i hope the hospital will do justice to him since it is about time he got his treatment..

forget the past...he will agree this time...he will sign the operation form..


he has promised me...
i know now the excruciating pain that he has to bear for the past 2 months has won..against his unshaken stubornness.....i am sure he will agree now..



belajar tajwid

aku berkesempatan ...dan ini sejarahnya

alhamdulillah semasa 8 tahun yang lepas..aku sudah mencari cari tempat yang sesuai untuk aku belajar tajwid..ada sebuah di kuala lumpur, aku telefon dan dia suruh aku datang..belah petang hari sabtu dan ahad..jauh nya dari langat..

aku minta kebenaran dari suami..dia membenarkan ..tapi aku pulak rasa tak upaya untuk keluar sejauh ini dan meninggalkan keluarga sedang kan isnin hingga jumaat aku sudah pun meninggalkan keluarga dan anak masih perlukan perhatian..maka aku pendamkan..

aku berdoa semoga allah memberi ruang ...bertahun tahun aku menadah tangan..alhamdulillah doa ku di perkenankan..

"kor nak belajar tajwid ?" tanya sahabatku..

"endak, tapi kat mana" tanya ku..

"alah kat rumah sahabat kita kat lorong depan" tambahnya lagi

"aku rasa di kurniakan cahaya sebesar gunung uhud di pundak kepalaku"..gembira ku tak terkata tak tertulis tak terlukis...

"malam itu aku solat sunat shukur"...

dan dari dari 1 februari 2002 sehingga sekarang aku masih lagi belajar lajar ...tajwid 5 tahun..dan sekarang peringkat kedua bertalaqi..alhamdulillah aku lulus tajwid , makhraj dan kefasihan membaca alquran kata uztazah..maka aku boleh pindah ke peringkat ke dua..

dan hari ini masih lagi aku memperbetulkan bacaan..memperlembutkan makhraj dengan sifat sifat hurufnya dan mengenal daerah waqof dan ibtidak..

dan aku masih belum jemu jemu untuk memperbetulkan ...

yang indahnya...

aku makin rajin dan yakin membaca alquran...

alhamdulillah doa ku di perkenankan tuhan...

cabarannya...memperbetulkan bacaan bacaan anak anak aku yang bertiga ini di rumah ...mereka mereka ...alhamdulillah sudah pun di perkenalkan dengan tajwid awal awal lagi...

alhamdulillah sekali lagi...

10 petua jaga Kak Seri

petua untuk tahan berjaga yang berjaya aku kumpul di semester lepas

1) jangan makan nasi sebelah petang

2) jangan makan sehingga mengenyangkan

3) minum 7 dalam 1 sawda (paket merah) bukan nak iklan tapi berjaya tahan jaga woo

4) jangan letih sangat di siang hari

5) otak jangan serabut sangat fikiran yang ada dalam kepala hotak sebab tak guna tahan jaga pun

6) buku buku jangan lah entah di mana ...takut tak leh lawan kecewa ngan nak input fakta

7) jangan pasang tv..

8) jangan duduk belajar di atas katil - sure terkantoi punya woo

9) jangan lawan ngantuk - lagi tak guna (tidur sekejap dan bangun balik - 15 minit sahaja break) bukan 1.50 jam - alamat..esok lah jaga..

10) kalau dah tak tahan..tidur ler...