Wednesday, March 25, 2009

kadang..kadang..

lebih baik diam terus..menyendiri atau tidur awal

kadang kadang terlalu banyak cakap mendatangkan masalah jua

kadang kadang ada hari kita menjadi teramat bosan dengan apa yang ada di sekeliling

ada harinya..

maka hari itu..capai lah sebuah buku menjadi peneman..

Wednesday, March 18, 2009

bagaimana nak ku jelaskan

adakah sebab kita makin berpengalaman kita perlu menasihatkan setiap langkah yang mereka buat

bila kita rasa nampak gayanya jelas mereka di lorong yang salah

di nasihat mereka tak dengar

di biar mereka bakal merana..

aku kakak yang tidak mahu di dekati kerana sering sangat menasihati mereka
bukan aku tak mahu biarkan mereka sesat barat
aku tak sampai hati..
aku dah pun melaluinya
takkan nak kubiarkan..

namun nasihat aku melemaskan mereka
makin jauh mereka melarikan diri dari aku
walau tak semua
yang jauh merana..

bagaimana nak ku jelaskan..
aku bukan dengki konon kejayaan mereka

meniru itu bodoh asalnya juga penyudahnya dan akan menghantui diri mu sampai bila bila

Saturday, March 14, 2009

..ya shukor..ya shukor...ya shukor..

bila segala gala yang menghimpun dalam satu masa dan segala galanya adalah masalah..

tiba tiba jalan raya yang selalu bergerak bontot ke bontot lengang tiba tiba

lampu isyarat hijau semua

kawan yang di tunggu tiba tepat masanya

dan ilham mencurah curah dari selalunya..

...ya shukor ya shukor ya shukor...aku di kasihiNYa..

Friday, March 13, 2009

...bila masa macam tiada

...adakalanya resah di tekan lagi dengan masalah

..adakala segala yang di buat tak dengan rasa

..adakala lapar dah tak terasa

..adakala ketika sihat..pening mula datang mengada

..adakala baru kejap tadi ingat dah mula lupa

..adakala dalam panas pun berpeloh tiada

...ini lah aku...macam macam dah nak gila...

Thursday, March 12, 2009

Doa for U and U and U....and U


Ya Allah,
The lady reading this
is beautiful, classy and
strong, and I love her.
Help her live her life to the fullest.
Please promote her and cause her to excel above her expectations.
Help her shine in the darkest places where it is impossible to love.
Protect her at all times, lift her up when she needs you the most,
and
let her know when she walks with you,
She will always be safe. Amin Ya Rabbal Alamin
Love you