Friday, April 16, 2010

lebih sedap dari cokelat


kadang kadang benda yang tersedap kita hilang punca, seketika aku ingin menjamah sarapan pagi tanpa ingin berkongsi kerana aku terlalu lapar, namun detik hati kecik aku berkata, lebih lazat jika di kongsi, aku menenung tiga ketul kuih di dalam piring, aku terpandang rakan ku yang duduk di rumah sewa yang sudah tentu belum sempat menjamah apa apa kerana aku tahu dia terpaksa berada di pejabat seawal awalnya kerana ada mesyuarat, aku tegur, lalu ku hulur piring kuih aku yang belum lagi di jamah oleh aku, dia membalas dan tersenyum, "terima kasih kerana mendengar doaku", aku memang tak sempat bersarapan dan sangat lapar sekali....

alhamdulillah..aku mendengar doanya..dan aku rasa kuih ku yang paling sedap yang aku jamah hari ini...betul lah..benda yang di kongsikan itu lebih sedap rasanya kerana berserta RahmahNya..

berbagai rasa


aku sendiri sangat tau aku tidak dapat mengawal personaliti aku apa lagi yang rapat dengan aku mereka sedar aku ada 100 sifat wanita mulia dan 100 peratus sifat wanita jalang dan aku tau hanya kekuatan iman meletakkan aku di jalan yang selamat..

ingatlah kawan aku bukan keseorangan berpenyakit demikian, jadikan agama tiang mu, juga asuhan baik mu, gigit lah kuat kuat dengan segala tenaga yang ada pada mu kerana sifatnya sangat liar dan payah nak di kendalikan...mudah terjerumus dan menjadi penyesalan yang menekan nekan sejarah kehidupan..

apakah ini yang ku rasakan

Night Thunder Storm Lightning Images apa kah photo di atas sedang menggambarkan perasaan aku yang sedang menggelegar ?

sesekali kita berjiwa begitu

sesekali kita jadi layu

sesekali kita mau jadi hantu

sekali lagi ke garisan penamat

bulan peperiksaan

sebagaimana yang aku dan kamu juga tahu

untuk sampai ke garisan ini bukan mudah

banyak rasa kecewa lagi marah

banyak kepenatan yang di gagah

banyak kesakitan dan payah

perlu di lalui


namun bila tiba harinya

gugur

begitu mudah

gugur rasa kecewa, marah, payah

yang tinggal harapan..

Wednesday, March 17, 2010

teringat ibu

kenapa agaknya tiba tiba di pintu lif terbayang wajah ibu, aku teringat kisah ibu merajuk dengan aku

eta dah tak mahu bawa ibu pergi shopping, ngadu ibu pada kaklong

aku terpaksa menjawab dengan kaklong, ibu sakit kaklong dia tak sekuat dulu, tak sampai hati aku

bawakanlah aje suruh kaklong

dulu, makro cheras menyediakan troley sepanjang 5 kaki untuk di letak barang, aku ingat lagi..ku suruh ibuku duduk dan di sorong oleh suami aku...itu lah hari terakhir aku bershopping dengan ibu..dan dia sakit sangat, kalau tidak jangan harap dia akan duduk di atas troley

itu hari terakhir ibu sihat

dan 5 bulan lepas itu ibu pergi selamanya

aku teringat ibu menahan sakit dan duduk di troley

aku teringat aku bertanya beberapa kali di rumah dan ibu angguk

aku teringat kami pergi ke hospital dan hospital membiarkan ibu di troley sehingga ibu suruh balik

aku teringat ibu gagah diri lawan sakit

aku teringat mak sudah tidak dapat menahan sakitnya

aku teringat ibu merangkak ke bilik kerena tak sudi buang air di tilam

aku teringa ibu lempar pampers kerana tak sudi di buat bagai budak kecik

aku tersiksa

aku tersiksa dengang kenangan ini

aku rindu...hanya yang kehilangan ibu yang tau apa yang melanda aku sekarang..


alfatihah ibu aman lah ibu di sana..