Monday, January 3, 2011

ceramah lagi

di daerah aku, ceramah ceramah agama membanjiri, banjir kerana kalau dulu sebulan sekali, sekarang, seminggu mungkin 3 kali...

dan dulu aku hadir..dan hadir..dan hadir..

dan aku makin pandai mentafsir dan memahami

penceramah penceramah ini..rupanya bukan satu idea..bukan satu cara

satu yang amat amat keras...

satu pula yang amat amat liberal

dan satu pula yang amat amat meloya (cerita pasal politik !)

dan satu pula yang berniaga

dan satu pula yang menjual buku

dan akhirnya

aku dah malas nak pergi...

malas benar...

loya benar..

Contoh Surat Beradat (disclaimer ini contoh tahun 2007)

Contoh Surat Beradat

Daulat Tuanku bertambah-tambah daulat!

Tersembah ke bawah Duli Telapakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Sulaiman ibni al-marhun Sultan Abdul Aziz, D.K, K.C.M.J., Yang Dipertuan Negeri Indera Sakti, Darul Intan yang bersemayam diatas takhta singgahsana Kerajaan di istana Kayangan dengan penuh kebesaran dan kemuliaan serta selamat sejahtera. Amin.

Amma Ba’du, ampun tuanku! Adalah patik Dato’ Safri Ali bin Othman, bagi pihak Jawatankuasa Pusat Pertandingan Pembangunan Silat Antarabangsa merafakkan sembah menjunjungi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mempersilakan Duli Yang Maha Mulia, Tuanku mencemar Duli untuk menyampaikan Titah serta hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan tersebut di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 9 Julai 1998 jam 9.00 pagi.

Amma ba’da ‘ithanai’l- mudzkurrah, ampun tuanku, dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan bertambah serilah lagi majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan pembangunan Silat Antarabangsa itu. Had inilah sahaja patik berdatang sembah, dipohonkan sembah ampun dan timbang kurnia daripada Ke Bawah Duli jua, adanya.

Adalah patik dengan penuh hormat yang taat setia ke bawah Duli Tuanku.


(Dato Safri Ali bin Othman)
Pengerusi,
Pertandingan Pembangunan Silat Sedunia,
Kuala Lumpur.