Monday, April 28, 2008

Bab 10 - Ucapan Majlis Rasmi - fokus ni tolong..

BAB 10
BAHASA, PROSEDUR PENULISAN DAN PENYAMPAIAN UCAPAN MAJLIS
RASMI

1.0 MAJLIS RASMI SATU TARAF DAN DUA TARAF HADIRIN
Satu taraf hadirin-
Tetamu yang hadir dalam majlis terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang berperingkat menteri, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ketua jabatan/swasta dan sebagainya.

Dua taraf hadirin-
Tetamu terdiri daripada dua peringkat:
1. Raja-raja yang memerintah dan raja Muda/Tengku Mahkota.
2. pemimpin-pemimpin kerajaan, menteri, orang-orang kenamaan, dan sebagainya.


2.0 SALUTASI DAN PROTOKOL
Cara mengamalatkan seseorang.
Kaedah sapaan :
1. rujukan kehormat + gelaran + nama
Contoh : Y.B. ENCIK CHIA KWANG CHYE

2.rujukan kehormat + gelaran warisan kanan + gelaran kurniaan + nama
Contoh: YM Tengku Tan Sri Dato' Seri (Dr.)Ahmad Rithauddeen Al-Haj bin Tengku Ismail

3.rujukan kehormat + gelaran kurniaan + gelaran warisan bukan kanan + nama
Contoh: Y.B. DATUK SERI SYED HAMID BIN SYED JAAFAR ALBAR


4. rujukan kehormat + gelaran ikhtisas + gelaran kurniaan kanan + gelaran kurniaan + gelaran akademik + gelaran keagamaan + nama
Contoh: Y.B DATO' IR. MOHD. ZIN BIN MOHAMED
YG. BHG. DATO’ SERI PROF. DR. IBRAHIM ABU SHAH

PROTOKOL
Asal Greek – protos dan kola dan bermaksud pelekat yang pertama. Masyarakat Greek menggunakan kedua-dua istilah ini semasa berbahas mengenai peraturan undang-undang mereka.
Mengikut amalan sekarang, protokol bermaksud peraturan-peraturan yang boleh diterima oleh semua pihak sama ada dalam amalan hubungan antarabangsa, hubungan harian dalam masyarakat, pelbagai istiadat, majlis rasmi/tidak rasmi yang berbentuk formal.


3.0 PENYEDIAAN TEKS
Format ucapan:

• 1. Tajuk
TEKS UCAPAN UCAPAN PERASMIAN
OLEH
TEMPAT
TARIKH
MASA
• 2. Sapaan/ salutasi berprotokol
SENARAI NAMA TETAMU MENGIKUT PANGKAT/KEUTAMAAN
-MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGANJUR (PERASMI/TETAMU)

• 3. Kandungan
-MENGIKUT OBJEKTIF MAJLIS
-MENGIKUT PENGANJUR MAJLIS (PENGALAMAN PERSIAPAN MAJLIS)
-MENGIKUT KESESUAIAN MAJLIS
-MENGIKUT MASA MAJLIS
-MENGIKUT PESERTA MAJLIS

• 4. Penutup
- MEMOHON MAAF
- HARAPAN
- PERASMIAN

JENIS-JENIS UCAPAN:

1.Ucapan alu-aluan, selidik orang/kumpulan yang hendak diraikan.
2. ucapan pengenalan, ucaplah secara ringkas dan elakkan menyentuh isi-isi pokok yang dibicarakan oleh penceramah.
3. ucapan penyampaian anugerah, elakkan emosi, utamakan pencapaian dan merit penerima.
4. ucapan menerima anugerah, terapkan perasaan keharuan serta nilai yang anda berikan kepada anugerah itu.
5. ucapan selepas makan malam, sampaikan secara ringan, bersahaja, serta wujudkan suasana humor.


4.0 TATACARA PENYAMPAIAN
1. Aspek lisan
-kemampuan perucap dalam penggunaan bahasa – jelas, menarik, sesuai dengan audiens, dan berkaitan dengan sesuatu keadaan.
2. Aspek bukan lisan
-Gerak badan
-Sentuhan
-sifat fisiologi
-sifat suara
-penggunaan ruang
-penggunaan masa
-sahsiah rupadiri
-hubungan mata

Kaedah-kaedah penyampaian:
1.Hafalan-perucap menulis kemudian menghafal seluruh ucapannya.
2.Spontan- perucap berucap seringkas mungkin dan seumum mungkin bagi mengelakkan kekaburan maklumat. Gunakan pengalaman peribadi untuk merangka isi ucapan.
3.Membaca teks- kaedah paling lumrah-menumpukan perhatian kepada manuskrip dan sekali sekala memandang audiens.

Merujuk rangka- perucap menyediakan rangka ucapannya dengan memilih kata-kata kunci bagi intipati ucapannya. Cara ini sangat ekspresif dan akan menghasilkan ucapan yang bersahaja, dapat mengekalkan hubungan mata, dan mudah mengubahsuai fakta. bagaimanapun kesan-kesan ini dapat dicapai sekiranya perucap telah membuat persediaan yang lengkap sebelumnya.

1 comment:

safraa said...

bgus ni,,tp kalau ade contoh lg baik,,;)